Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter),[2] merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Bagaimanapun, Gunung Tahan adalah lebih rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Borneo.

Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan

 GAMBAR   ß (Klik Sini) Sedikit gambar yang sempat di rakam. 


 GAMBAR   ß (Klik Sini) Sedikit gambar yang sempat di rakam. 

Hari ini pada 2011 (5 Febuari 2011) Kenangan bersama anak aku yang nombor dua Muhammad irfan (pada usia 16 Tahun), teringat satu kata, Peristiwa itu kadang kala ianya teramat pahit ketika di lalui, tetapi ia terlalu manis untuk di kenang.

Hidup tidak selelunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.  Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya.

Hiburan kadang-kadang tidak menjanjikan kebahagian tetapi kebahagian itu sangat menghiburkan.

Biar kita tidak dihargai tetapi masih ada harga diri daripada hilang harga diri demi untuk dihargai.

Hidup tidak selalunya indah derita pun bukan lah untuk selamanya, kehidupan pun sebenarnya tidak seindah impian kerana hidup ini bukan semata untuk diri sendiri.

Kias kata. Aku sebahagian dari alam, alam lah aku dan aku lah alam, Quran alam. Tercetus dari pemerhatian aku, datang dari cetusan panca indera aku sendiri, mengenal aku akan aku dan pencipta aku. Sehingga sama ujudnya tulisan aku di ruang ini aku bahagian dan aku derita. semuanya sama atas nikmat yang aku rasa, cuma aku sahaja yang mengetahui.

Apa-apa pun boleh.

Dalam kehidiupan pada satu perjalanan mencari sejahtera pelbagai pengalaman di titip. bergantung kepada minat dan kebolehan. derita dan bahagia pasti akan terasa. pengalam tidak boleh di jual berli, tapi ia boleh dikongsi. Tidak sesiapa yang sudi bersusah payah menimba pengalaman, lalu sewenang-wenang nya di di kongsikan, melainkan sekiranya perkongsian itu menghasilkan satu kepuasan. Buat peminat rekriasi dan sesiapa sahaja :-

Puisi Tahan (hasil nukilan aku sendiri) baik bagi tahu kawan, tak baik tegur lah aku kejalan kebaikan.



Gunung Tahan

Tahan !!
Hari itu perjalanan aku menjadi begitu sukar
Hujan Sepanjang hari
Alam seperti tidak merestui
Sebenarnya Alam mengajar
Bahawa hidup tidak selalu indah

Tahan
Sepanjang hari kehujanan itu
Panas itu terbit sekali sekala
Matahari menghadiahkan cahaya
Seperti anak mendapat belaian 
Hati kami terlalu gumbira
Alam mendidik lagi
Jika hidup tidak selalu indah
derita pun bukan untuk selamanya

Tahan
Di perjalanan itu
Menjiwai keindahan mu aku tergugat
Kerana di hati ini
sedang sentiasa mengirakan jiwa yang lain
Penderitaan mengajar lagi
Hidup bukan semata  untuk diri sendiri

Tahan
Memberi banyak pengertian
Di perjalanan hati hiba
Jiwa yang sedang aku jaga itu
Rupanya mengorbankan diri
Menjaga aku atas kekurangan
Apabila aku cuba melindungi
Akhirnya aku juga di beri perlindungan
Besarnya erti kasih sayang
Pujangga kata
Apabila kecil jangan di sangka anak
Besar jangan di sangka bapa
Bukan kuasa mutlak atas insan
Alam mengajar lagi

Alam 
Terlau banyak kesah di perjalanan itu
ketika aku cuba memberikan perlindungan
aku juga dilindungi
Oleh Ankulisahabati Ajmain
Tidak terlepas sedikit pun
Dari tatapan kebesaran mu
Disetiap nafas turun naik
Tidak sedetik pun terlepas dari 
Perlindungan Rahim mu

Alam
Di tempat indah permai itu
Kelihatan suci dan terhindar dari Serakah
Kias rasa kias kata
Ibarat aku dipintu Kaabah Mu
Air mata segala pujian bagi Mu
Tidak dapat aku tahan
hanya aku sahaja yang mengetahui

Baru aku perasan
Bila alam itu di kenal
Sayang itu bertambah dalam
Alam juga bertambah menyayangi
Membumbung setinggi rasa
Dalam imbangan ke warasan
Perjuangan itu menjadi jelas buat aku
Semuanya demi kasih sayang
Tahan Mengajar Lagi

Nukilan Rasa : AlilfLamYerFer 23 Febuari 2011 00:01am

Pengertian tahan yang aku rujuk dari kamus dewan - Tidak berubah keadaan tidak rosak sanggup menderita sesuatu dapat menguasai diri tidak mudah jemu mencukupi Tidak roboh





   Melempeng jasad aku pada hari ke 7, dah hampir nak keluar ni.




 GAMBAR   ß (Klik Sini) Sedikit gambar yang sempat di rakam.







FAST LINK

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)
Satu Hari Bernama Aku (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter

Comments